Adat Perkahwinan Masyarakat Cina
Perkahwinan adalah satu perkara yang dipandang berat oleh masyarakat Cina secara turun-menurun. Walaupun berada dalam zaman yang moden kini, banyak adat tradisional dalam perkahwinan tidak diamalkan oleh masyarakat cina lagi, tetapi juga mempunyai adat-adat yang kekal diamalkan dalam perkahwinan Cina.
Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu Eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan Implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
Merisik
Proses pertama adalah keluarga pihak pengantin lelaki dan perempuan akan merisik latar belakang pasangan yang disukai oleh anaknya. Hal ini kerana keluarga kaum Cina terlalu ambil berat tentang nama, keturunan, latar belakang, peribadi atau tingkah laku pasangan anaknya.
Ciri-ciri ini adalah penting untuk mewujudkan perkahwinan anak mereka menjadi kekal dan bahagia. Terdapat pelbagai cara merisik seperti menanyakan soalan kepada rakan-rakan yang rapat tentang pasangan anak mereka. Keluarga Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tentang perkahwinan di restoran-restoran dan ini biasanya diadakan oleh keluarga pihak lelaki.
Tradisi ini adalah penting dalam masyarakat Cina kerana keluarga kedua-dua pihak dapat mengeratkan hubungan dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan perkahwinan.
Meminang
Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing, adat meminanag akan dijalankan. Seorang wakil akan dipilih iaitu Moi-Ngin untuk berkunjung ke rumah pihak perempuan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah wang untuk kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai.
Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala permintaan pihak perempuan akan dibincang dan dipersetujui oleh ibu bapa pihak lelaki. Selepas itu, ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.
Adat Bertunang
Hari pertunangan akan dipilih berdasarkan kalendar Cina dan hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran (Ba-Zhi) pasangan tersebut. Lazimnya, perkhidmatan tukang tilik digunakan untuk menetapkan tarikh berpandukan kepada Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan mengalami kegagalan.
Bakal pengantin lelaki akan berkunjung ke rumah perempuan tersebut untuk menunaikan segala permintaan. Kemudian, upacara bertukar cincin akan dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. Bagi membukitkan persetujuan, perempuan berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau Nyen-Sang yang tertulis nama, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Selepas penghitungan hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang, Tukang tilik akan membuat ramalan dan menyediakan dua keping Nyik-Kor yang mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat serta memberikan kertas tersebut kepada kedua pasangan.
Selain itu, hadiah besar juga diberikan kepada pihak perempuan pada hari pertunangan. Proses ini dikenali sebagai Guo Da Li dan hadiah besar ini mengandungi angpau, arak, biskut, dan lainlain. Bilangan barang yang ada dalam hadiah besar perlu adalah genap kerana bermaksud hubungan pasangan akan berkekal selama-lamanya. Dalam masyarakat Cina, semakin tinggi wang tunai atau angpau yang diberikan dalam hadiah besar, semakin tinggi kedudukan keluarga lelaki. Sebelum hari perkahwinan, keluarga pihak perempuan perlu menghantarkan hantaran kepada pihak lelaki atau rumah baru pasangan tersebut.
Hadiah besar yang diberi oleh pihak lelaki
Selepas itu, kedua-dua keluarga akan menghantar surat jemputan kepada saudara-mara dan rakan-rakan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak-anak mereka.
Surat Jemputan Perkahwinan Cina
Majlis Perkahwinan
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Hal ini kerana kepercayaan dalam masyarakat Cina adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Sebelum hari perkahwinan, keluarga kedua-dua pihak akan menyembah nenek moyang mereka dan ini bermaksud memberitahu keluarga mereka akan menjalankan perkahwinan, Selain itu, keluarga pihak lelaki akan menyediakan satu katil di bilik pengantin dan meletakkan angpau, limau dan gula-gula. Seorang budak lelaki akan diminta untuk melompat di atas katil tersebut. Dalam kepercayaan masyarakat Cina, tindakan ini adalah berdoa pasangan tersebut dapat melahirkan anak mereka dengan tempoh masa yang pendek. Pengantin lelaki dan perempuan juga akan makan Tang-Yuan iaitu bermakna mereka akan bersatu hati sebagai sebuah keluarga pada masa depan.
Pasangan pengantin yang makan Tang-Yuan semasa perkahwinan
Katil yang disediakan sebelum hari perkahwinan
Pada malam hari sebelum perkahwinan tersebut, pengantin perempuan dan lelaki akan menjalankan upacara sikat rambut. Pengantin perempuan dan lelaki akan memakai pakaian berwarna putih dan ibu bapa mereka akan mengemaskan rambut mereka sambil menyanyikan lagu Shi Shu Ge. Ini merupakan satu adat yang diamalkan oleh masyarakat Cina kerana bermaksud anak-anak mereka telah berdewasa dan berdoa hubungan pasangan penganti akan berkekal.
Pada pagi hari perkahwinan, pengantin dan penganti perempuan akan dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju perkahwinan Cina pada zaman kini telah berubah iaitu tidak semestinya memakai baju perkahwinan tradisional dan juga boleh memakai baju perkahwinan Barat. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Warna baju yang dilarang memakai adalah warna hitam dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
Baju perkahwinan masyarakat Cina
Pengantin lelaki dan rakan-rakan akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan semasa kereta pengantin leleki sampai ke rumah pengantin perempuan, seorang adik atau budak lelaki dari keluarga perempuan akan membuka pintu kereta pengantin lelaki. Pengantin lelaki akan memberi ang-pau kepada dia sebagai ganjaran.
Selain itu, rakan-rakan pengantin perempuan akan meyediakan beberapa ujian atau permainan kepada pengantin lelaki dan rakan-rakannya untuk hiburan. Selepas itu, pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu.
Pasukan kereta pengantin lelaki dan rakan-rakan dalam hari perkahwinan
Rakan-rakan dan pengantin lelaki yang menjalankan permainan untuk hiburan
Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan menyembah nenek moyang dan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya perempuan dalam keluarga lelaki di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini, pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara kedua-dua keluarga.
Pasangan pengantin menjalankan upacara meminum teh
Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
Majlis perkahwinan Cina di Restoran
Merisik
Adat merisik
dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina
terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi,watak dan tingkah
laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkanperkahwinan yang
berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu
bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan
keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan
perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain.
Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di
antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan
perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal
keturunan
Meminang
Setelah kedua-dua
pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang
akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi
membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin
perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas
kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai.
Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah.
Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa
pihak lelaki. Ibubapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk
menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua
pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat
bertunang dijalankan.
Bertunang
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia
hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat
tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada
sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang
tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami
kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah
perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan
mengikut masa yang ditetapkan . Cincin disarung di jari manis kiri oleh
kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membuktikan
persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau
nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada
tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan
persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberikepada tukang tilik
bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya.Tukang tilik akan menghitung
hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada
sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang
sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua
pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan
menyediakan dua keping nyik-kor dandiberikan kepada lelaki dan perempuan yang
hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan
adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat
tertentu. Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar
cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang
diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah
sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya
pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin
perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran
mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan
akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas
kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.
Majlis Perkahwinan
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun
bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli
keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan
ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu
orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin
perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai
pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas.
Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin
sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju
hitam, biru dan kelabu kerana dipercayaiwarna-warna tersebut melambangkan
kematian dan kesedihan.Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah
pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan
duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringioleh pengiring
masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan diatas pelamin
yang telah disediakan diruang tamu. Selepas acara bersanding,pasangan pengantin
akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantinlelaki akan
memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan begitulah
sebaliknya. Di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada
keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh
sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang
mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan
pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan
untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin
akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau
bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan
oleh masyarakat Cina hari ini. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina
ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara
besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang
akan membawa Ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang
sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga
kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan,pasangan pengantin
akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di
hadapan beberapa orang saksi.
Perbandingan
Perkhawinan Cina dan Melayu
Jika dibandingkan dengan perkahwinan orang-orang Melayu
terdapat banyak persamaan dan perbezaan yang dapat dilihat dengan jelas. Adat
perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa
proses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar
tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari
persandingan; jemput menantu. MERISIK ATAU MENINJAU Permulaan proses
perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh keluarga
pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenan dengan
gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada gadis itu
sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan
dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangan
diaturkan. Proses ini mempunyai persamaan dengan perkahwinan orang-orang Cina.
Namun demikian terdapat perbezaan dalam membuat perbincangan. Bagi masyarakat
Melayu, mereka lebih gemar berbincang di rumah bakal pengantin perempuan
manakala bagi masyarakat Cina, mereka lebih gemar berbincang di kedai makan
sahaja.
UPACARA PEMINANGAN
Meminang si gadis
hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang
biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat
dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda.
Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran
belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah-sesetengah tempat berita
pertunangan itu diberitahu kepada seisi kampong oleh Ketua Kampong di masjid
ketika mengadakan sembahyang Jumaat. Bagi masyarakat Cina pula, ibu pengantin
yang akan berbincang dalam majlis peminangan ini. Tawar-menawar pula tidak
dibenarkan dalam masyarakat Cina namun bagi masyarakat Melayu tawar-menawar
menjadi satu kebiasaan sekarang ini bergantung kepada kemampuan pengantin
lelaki
UPACARA MENGHANTAR TANDA
Semasa upacara
menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak teruna
untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu
dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin
tanda’. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja.
Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama. Bagi masyarakat Cina pula mereka
bukan sahaja menyarungkan cincin malah memberi sepasang pakaian sebagai tanda
jadi.
HANTARAN BELANJA
Pada tarikh yang
dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah pihak
diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya
diiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau
dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang
lain termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor
merah dan nasi semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain. Bagi masyarakat
Cina pula mereka akan menyerahkan wang belanja yang diletakkan di dalam ang
pau.
MENJEMPUT
Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib
dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk
membritahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan
terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke
rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah
pengantin perempuan. Ini tidak diamalkan dalam perkahwinan orang-orang Cina.
UPACARA NIKAH
Upacara akad nikah
dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali
perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan
lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan
diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah
mereka menjadi suami isteri. Memandangkan mejoriti masyarakat Cina beragama
Buddha maka upacara pernikahan hanya mendaftarkan pernikahan mereka di pejabat
pendaftaran sahaja.
BERINAI BESAR
Kedua pengantin
memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan
dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki
yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara
itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki. Proses
ini tidak diamalkan oleh masyarakat Cina.
HARI PERSANDINGAN
Dihari persandingan,
jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin
lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan
rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan.
Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu. Bagi
masyarakat Cina mereka akan menempah meja di restoran dan tidak diadakan di
rumah. Pakaian persandingan mereka pula amat berbeza dan tema warna bagi
perkahwinan orang-orang Cina ialah warna merah.
JEMPUT MENANTU
Majlis jemput menantu
atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin
perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari
ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan. Proses ini
tidak diamalkan oleh masyarkat Cina.
Oleh yang demikian, jika dilihat dari sudut proses perkahwinan,
masyarakat Melayu mempunyai lebih banyak proses berbanding masyarakat Cina.
Perkahwinan masyarakat Melayu lebih menjurus kepada budaya orang india contohnya
berinai dan penggunaan sirih junjung. Perkahwinan masyarakat Cina pula menjurus
kepada amalan nenek moyang mereka iaitu dari negara China sendiri. Namun
demikian jika dilihat sekarang ini masyarakat Melayu sudah mula menggunakan
amalan orang-orang Cina. Contohnya persandingan masyarakat Melayu kini sudah
mula di jalankan di hotel-hotel dan restoran-restoran.
No comments:
Post a Comment